Background

;

Wednesday, April 8, 2009

sajak kehidupan

Terlena ku terjaga

Dahulu
Aku ingin menjadi raja
Penguasa segala penjuru utara,selatan barat dan timur
Berdiri megah sebagai perwira
Yang tak pernah gentar dengan cabaran
Walau badai datang seinci tak pernah ku undur

Namun semua itu hanyalah sebuah mimpi
Tika aku terhantuk lalu terlena
Hanyut dibuai rasa dan perasaan
Dalam alam fantasi yang penuh duri

Dalam meniti mimpi indah
Aku terpesona akan cinta sang durjana
Cintaku sedalam lautan
Kasihku setinggi angkasa
Sayangku seluas samudera
Terlena dalam pelukan cintanya
Terbuai dalam rayuan kasihnya
Hingga tak sangup untuk aku tinggalkannya walau sedetik
Kerana bagiku dia segalanya

Namun segala cinta yang ku curahkan
Hanya membawa kebahagian semu
Telah merosakkan seluruh hidupku
Dan menjadikan aku jasad tanpa nyawa
Kerana semua kesetianku padamu kau leburkan
Balas indahmu hanya fatamorgana
Kehancuran menyelubungi hidupku

Kini hidupku tidak lagi bermaya
Mimpi indah sirna ditelan mentari pagi
Melodi indah yang ku dengar dicupingku
Kini samara hilang ditelan masa

Terdetik dihati kecilku
Ingin memadam mimpi yang tak pasti
Agar aku bisa pulang
Meniti kepanggkal jalan
Kerana kini aku kesal seribu sesalan
Jalan yang ku tempuh rupanya keliru
Lorong yang kulalui rupanya hitam

Apakah ada jalan pulang untukku
Agar aku bisa menjadi aku
Merentas bahagia tanpa dia
DURJANA DADAH!

No comments: