Background

;

Sunday, May 31, 2009

sajak kehidupan

sejarah

Zaman silih berganti
Usia semakin meningkat
Kehidupan kian merubah
Namun sejarah kekal sejarah

Setiap insan bermula dengan sejarah
Setiap insan berakhir dengan sejarah
Segalanya dengan sejarah

Tiada apa yang dilahirkan tanpa sejarah
Kerana sejarah ibarat kalimah ‘Basmalah’
Yang berada di permulaan
Dan
Ibarat ‘wasalam’ yang berada di pengakhiran

Sedarilah wahai semua
Sejarah telah banyak mengajar kita
Erti sebuah kehidupan
Wataknya masih segar dalam ingatan
Membangkit peristiwa lalu
Yang menguris hati

Berubahlah melalui sejarah lalu
Agar kita kekal aman damai seperti kini
Bebas dari segala belenggu penjajahan
Yang seringkali menyeksa perasaan

Yakinlah hanya kesedaran
Mampu mengubah kita
Kearah membentuk keamanan
Yang harmoni

No comments: